Tuesday, May 17, 2011

interlok::selamat hari GURU::

alhamdulillah...tepat jam 7 pagi 16 mei 2011, kaki ini melangkah jauh terpacak di SMK Segambut jaya yang bakal mengundang beribu kenangan sebagai bermulanya kerjaya aku sebagai guru..

meredah kepekatan pagi jam 6.30 dari rumah...kabus lembut menyapa perjalanan kami ke SMK Segambut Jaya. Modenas WJD**** bekerja keras dalam membawa perjalanan kami sehingga tiba di Medan sekolah ini..

langkah agak perlahan dari kawasan parkir kerana tidak tahu kemana hala tuju kami..bilik guru??tapak perhimpunan??atau pejabat am??akhirnya duduk di kaki lima sekolah sambil memerhati gelagat guru-guru dan pelajar yang datang pagi itu..bermacam-macam perasaan yang menerpa bila melihat persekitaran sekolah yang dulunya aku berada dikalangan pelajar itu..hari ini aku berada dikalangan pendidik-pendidik mereka pula..

"cikgu...hari ni ada perhimpunan ke??tanyaku kepada salah sorang guru yang belum ku kenali.."ye, tapi hari ni cuma ada perutusan hari guru kot, sebab budak-budak ni ada exam"...dari jauh kami ternampak ustazah Normah yang berurusan dengan kami sebelum ni..alhamdulillah, dah kurang dah perasaan "nervous" sebelum ni..ustazah menyapa dan membawa ke pejabat am untuk menyelesaikan butiran kehadiran kami...

~~perhimpunan pagi pertama sebagai guru..sempena hari guru, perutusan dibacakan bagi membangkitkan semangat para guru dalam mendidik anak bangsa...

tepat jam 8.30,kami buat pertama kalinya duduk didalam bilik guru bersama guru-guru lain..alhamdulillah sambutan yang baik dari guru-guru...opps pasni nak ganti cikgu lain pula nak jaga budak-budak exam..dup dap dup dap...huh akhirnya aku duduk di bawah angin kipas kelas 4A2..alhamdulillah segalanya berjalan lancar...aku mengantikan dua kelas saja pada hari ini..tiada komunikasi lisan, cuma senyuman sebagai perbualan di dewan exam...

"assalamualaikum cikgu, cantik rambut"....sapa salah seorang pelajar.."aku terfikir samada sindiran atau pujian??"aah, mesti mereka cuba menilai aku...detikku dalam hati..berbekalkan metodologi yang kupelajari sebelum ini, cuma satu senyuman tawar ku lemparkan kepada mereka sambil menjawab salam...biar mereka berteka teki dengan personaliti aku sehingga aku berada dalam kelas mereka nanti...

tepat jam 1.10, kertas jawapan aku kutip bagi subjek terakhir tengah hari ini...lepasni kami akan diberi taklimat oleh ketua panitia bahasa arab..~~~~~~~

.........."akak mengalu-alukan kedatangan adik-adik guru-guru baru disekolah ni......kami akan cuba membimbing anda semua dengan pengalaman-pengalaman yang ada"......beberapa tugasan telah diberikan untuk kami laksanakan di sekolah ini...stop~~~masa tamat..

~~jom pulang...wahhhh..masa yang panjang ku rasakan hari ini..semoga banyak lagi pengalaman yang pahit manis selepas ini untuk mewarnai kehidupan aku sebagai pendidik kelak...TERIMA KASIH CIKGU..........

Sunday, November 28, 2010

langkah mudah untuk vagnetting in adobe:-) from ustarzphoto

vagnetting atau frame agak gelap disekeliling gambar untuk mencantikkan dan memberi fokus kepada gambar..

aku ingin kongsikan ilmu yang ada ini untuk kawan2...selamat mencoba...hihi...

anda inginkan gambar seperti di atas??

gambar asal

langkah 1. cari mana2 gambar masukkan dalam adobe, gunakan eliptical marquee tool (bulatan) untuk membuat bulatan fokus.
langkah 2. masukkan feather (100)

langkah 3. buat bulatan pada gambar yang anda ingin fokus

langkah 4. tekan (ctrl+j) untuk copy layer yang dibulatkan tadi. akan muncul dua layer (background dan layer 1)

langkah 5. click pada background layer, kemudian tekan (ctrl+l) untuk level atau gelapkan layer

langkah 6. alihkan level (segitiga ditengah) kesebelah kanan ikut citarasa anda

anda akan mendapati vagnetting telah terbentuk...hihi..
last sekali jangan lupa save as JPEG...
selamat mencoba......

Thursday, October 28, 2010

continued...

blog yang lebih kurang beberapa bulan tidak di lewati ini rupanya perlukan transformasi..
aku mengambil pendekatan:

revolusi+simple=tranformasi

akhirnya blog aku kembali pada landasan asalnya...:-)

kepada semua blogger, maaf aku pinta atas kesibukan yang dilalui sepanjang semester ini amat mengekang diriku untuk bersama denganmu...hihi

mmm...mmg banyak cerita yang tidak mampu untuk aku coretkan dalam blog yang serba ringkas ni..

apapun aku cuba simpulkan beberapa perkara yang telah berlaku:

Sarjana muda Pendidikan Islam

1.Bengkel Jawi
2.Program pendidikan IKON 2010
3.Dinner IKON 2010

Feelhoney+elhamz
1. Showcase for foreigner students
2. Persembahan sempena Aidilfitri Akademi Pengajian Islam
3. Perkongsian (antara pelajar+feelhoney+elhamz) dengan SMK CLIFFORD

my own
1. design for IKON2010
2. update my adobe knowledge..=)
3. improve my teaching skills (micro teaching)
4. ready for exam
5. ready for "balik kampung"
6. photoshoot bersama geng "ustarzphoto"

dalam beberapa perkara ini ada beberapa kalimah dan ulasan penting
yang sempat aku petik dalam sesi pengajaran sem ini..

pengajaran P&P merupakan PrOseS belajar
daripada tidak tahu...
melalui proses pengajaran..
untuk menjadi tahu kemudian dinilai oleh guru
berkenaan kefahaman yang baru mereka tahu itu..
tapi...jika tanpa adanya PROSES pengajaran dan Pembelajaran..
pelajar di nilai dan mereka TAHU...
maka..
proses Pengajaran tErSEbut TIDAK PERLU..

"dalam kita mendidik, kita perlu ada ilmu....namun Ilmu yang banyak
tidak semestinya disampaikan keseluruhannya kepada pelajar..berilah mereka ilmu
secukupnya berdasarkan tahap pemikiran mereka..agar mereka menjadi insan yang memahami dan mengamalkan ilmu tersebut"

sekolah itu penting...namun apa yang lebih penting kurikulumnya...
KuRIKulum itu penting...Namun Apa YAng Lebih penting GuRunya
GURU itu penting....Namun Apa yang leBih PEnTing...
JIWANYA>>>>

ustaz yang Ada hari ini bukanlah
ustaz yang ada beberapa tahun dahulu
sekolah kini memerlukan:
pakar IT?ustaz..
matematik?ustaz..
PEndidikan Seni?ustaz..
Sukan?ustaz..

namun..

ustaz dahulu apabila ditanya IT?..kurang pasti
Tapi Bila ditanya tentang agama?ILMUnya pasti..

ustaz kini?bila ditanya IT?..sudah pasti
bila ditanya tentang agama?kurang pasti...

mudah2an bakal-bakal guru yang akan lahir nanti
merupakan orang yang..
bila ditanya tentang IT?dia juara..
bila ditanya tentang agama?dialah NADI utama..
bila ditanya tentang diri?dialah pendamping istimewa..

"ubahsuai dari ulasan Dr. Zawawi Ismail (Pensyarah Pendidikan UM, micro teaching lecturer)"

sebagai santapan mata dari aku "ustarzphoto" yang baru kami perkenalkan untuk
fotografi bersama geng "ustarz hasbi muh. ali"
antara gambar-gambar dari kami "ustarzphoto"
sebarang tempahan photoshoot boleh hubungi kami melewati
page fb kami ustarzphoto

ray of light olahan ustarzphoto

HDR version oleh kami

convocation ceremony

wall kami

ustarzphoto fantasi

negative conceptual gaya UP (ustarzphoto)

thanks kepada semua yang memberi sokongan kepada kami..doakan kami..
kepada sifu2 dan pengomen2 yang membina..hihi

Tuesday, April 13, 2010

doa untuk kalian

tup...tup..tup...bukan aku sahaja, malah kawan-kawan lain turut merasa kehadirannya..pejam celik begitu cepat masa berlalu..exam menjengah tiba, masing-masing pastinya punyai ragam yang tersendiri dalam menjalani hari-hari menanti ketibaan exam yang mendatang ni..

ada yang sememangnya telah lama bersedia dari segi mental dan fizikal dari awal semester lagi..ada yang baru mo cari-cari nota yang entah berada di mana? ada pula yang mengumpul kertas-kertas soalan yang lepas-lepas. ada pula yang masih lalai dan terus menanti ketibaan exam..aaah nanti ja study...masih ada masa kan...
aku pun xtau termasuk bahagian mana??
golongan mana pun kita, sememangnya begitu lah lumrah manusia kan...macam2 ragam.

satu kata2 yang aku masih teringat di ucapkan oleh seorang ustaz baru-baru ni..
"ya...memang kita boleh berjaya jika kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa ada pergantungan kepada Allah, namun..berkemungkinan kejayaan itu diberikan seperti kejayaan yang diberikan kepada orang-orang kafir..sia2. bukan dengan keredhaanNYA. tapi tidakkah kita menginginkan kejayaan yang kita gapai dengan usaha ditambah pergantungan kepadaNYA..tidakkah kejayaan itu lebih bermakna?jika kita gagal sekalipun, kita pasti berasa puas hati dan redha sebab kita telah berusaha sehabis baik dan telah memohon kepadaNYA.." berdoa bukan sekadar untuk exam, malah dalam ibadat harian kita, kita dituntut supaya sentiasa berdoa untuk kebahagiaan dunia dan akhirat..amin

secebis kata buat kalian

Ya Allah..aku bermohon kepadamu..
bangunkan aku dari kelalaian..
bangunkan aku dari kealpaan..

bila badai datang menerpa..
hati ini mulai hampa..
kering tanpa ada apa-apa..
cuma hampas debu belaka..

ingatlah..
jerih payah mereka buat kita..
doa di kirim penuh redha..
buat kita yang sentiasa dicinta
kekayaan bukan diminta..
cuma ilmu sebagi harta..

tatkala usia menjengah senja..
intan permata tiada guna..
cuma kita penawar luka..
sampai mereka menutup mata..

doa mereka tidak terhingga...
walau anak jauh di mata...

p/s:dedikasi buat kalian
selamat menempuh peperiksaan

Friday, February 12, 2010

sesuatu yang tidak dirancang...

satu tarikh keramat bagi aku...cantik pla tarikh tahun ni.. 10.2.10..agak menarik kan..hihi..
tanggal 10 februari 1986...kuerrrrgggg..tangisan manja sorang baby lelaki yang selamat di lahirkan di hospital Limbang Sarawak..kira-kira jam 3 pagi "mak yang bagitau la:-)"

"senja di Sangkarai"

perjalanan hidup bermula di Kampung Sangkarai Limbang sebuah kampung yang aman damai dan selalu ku rindui...kehidupan kecilku yang di penuhi suasana kampung yang tidak mungkin dapat ku lupakan..aku lah wira kecilku..masuk hutan..main lumpur..tembak2..main sorok2..main mercun(jangan tiru..haha)..semua tu menghiasi mimpi2 indah sewaktu kecil ku..

kehidupan ku berjalan lagi bila memasuki sekolah rendah Kebangsaan Gadong limbang...aku dipilih sbagai pelajar yang agak cemerlang di sana..hihi...dan juga pelajar yang agak baik..huhu..

kuteruskan langkah untuk mengejar cecita ku...sebuah buku yang selalu menjadi motivasi kecil ku "Mengejar Cita-cita"..hihi..walaupun dapat beberapa tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke sebelah sini(semenanjung), namun hakikat yang aku masih kecil..aku pilih sekolah menengah kebangsaan Agama Limbang...sememangnya aku ditakdirkan untuk bersekolah di sana kan..

....setelah 5 tahun suka duka aku lalui di sekolah menengah, dewasa mula menjelma bagi diriku..kehidupan yang penuh cabaran pasti akan ku tempuhi..terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke "akademi pengajian Islam Uni Malaya Nilam Puri kelantan" dan seterusnya menjejakkan kaki ke menara gading Universiti Malaya Kuala Lumpur ini merupakan satu rahmat yang aku amat bersyukur kerana ramai lagi rakan-rakan di luar sana tidak mendapat peluang seperti ini...

dalam dewan exam

aduiii..muka budak2..haha

sekarang aku sudah berada di tahun 3 jurusan sarjana muda pendidikan islam dan InsyaAllah akan ku tamatkan dengan segulung ijazah pada tahun depan..doakan kejayaan anakanda wahai bonda dan ayahanda..Amin...

cukup dewasa ka??huhu

setiap kali hari kelahiranku..aku tidak pernah untuk menyambutnya sepanjang waktu kecilku...sampai la aku dewasa ni baru ramai sahabat2 yang sering ingat hari kelahiranku..sebab tu terharu kadang-kadang tu..hihi..tambahan lagi baru-baru ni aku di suprize kan semasa konsert live Feelhoney kat Akademi Pengajian Islam..

wa Kena BEB!!waaaa..

no komen....hihi

sapa la bagi KEROPPI tu??adoiii..

aduiiii..malu+terharu+tak tahu nak cakap apa....huhu..apapun trimas banyak2 kepada semua yang terlibat dalam menjayakan malam akustika islami yang berlangsung pada 10.2.10 yang lepas..kepada Feelhoney, semoga success selalu.. thanks juga buat yang "sudi" beri kejutan malam tu..FH, kak yana, cik lino dan semuanya...pasni kita balas k..hihi.....

Trimas kepada feelhonian yang bagi kek ni..adoii..

selamat hari lahir ROSMADI BIN OMAR..semoga Allah sentiasa menenangkan jiwa mu..memberkati segala perlakuanmu..merahmati perjalanan hidupmu..dan menjadikanmu insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmatnya....apapun ROSMADI merupakan seorang yang biasa yang punyai cita-cita, dan punyai mimpi yang ingin terus di gapai untuk berjaya dalam hidupnya.....

Monday, January 11, 2010

Update lagi n lagi...

sudah sekian lama sesawang ni kian besawang atas keterbatasan teknologi ciptaan manusia ini apabila aku berada di kampung halaman "SANGKARAI LIMBANG"..hihi..

tapi kini aku sudah kembali menempuh alam yang pastinya kembali seperti sebelumnya....Masa pasti akan sentiasa mencemburui mereka yang bergelar pelajar atau penuntut ilmu..huhu..setiap detik masa yang berlalu pasti akan bermakna bagi diriku dalam menempuh hari-hari yang mendatang selepas ini...

bermacam-macam "projek" telah bermain-main di minda ku kini....wait n see..:)..think positive. Untuk perkongsian bersama, cuti baru-baru ni aku agak puas hati apabila serba sedikit aku telah berjaya untuk Explore software yang aku cukup pening sebelum ni "ADOBE AFTER EFFECT"..fuhhh..best sangat-sangat apabila dah dapat asas dalam bidang CGI ni..mungkin ada rezeki pasti sapa tau kan...leh lawan ngan Antoo Fighter ka?cicak man ka? nantikan...zasssss...

antara editing video yang masih dalam proses

cuti-cuti Malaysia yang berlalu beberapa minggu yang lalu juga pastinya banyak meninggalkan kenangan manis buat semua kan....macam-macam perkara telah berlaku...pasti semua ada cerita masing-masing kan..huhu..apapun semoga segala cerita itu akan menjadi kenangan yang indah dalam hidup masing-masing...kepada mereka yang baru sahaja menempuh alam bahagia selamat pengantin baru dan semoga berbahgia selalu buat mereka semua..Amin..

majlis perkahwinan kekanda ku: razali & siti noorlida pada 6 disember 2009

buat semua bloggers selamat tahun baru..selamat menempuh semester baru..semoga lebih berjaya dan berjaya lagi..2010 Tahun INOVASI.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails