Sunday, February 22, 2009

S.M.P.I Family day

Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) Universiti Malaya buat julung-julung kalinya mengadakan hari keluarga yang telah di adakan di Taman Tasik Perdana Pada 22 Februari 2009 (ahad). Berkat kerjasama semua pihak dan wakil daripada setiap batch, pihak penganjur hari keluarga SMPI kali pertama ini telah berjaya menjalankan aktiviti tersebut dengan jayanya. Hari keluarga SMPI ini telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 250 orang penuntut yang mengambil bidang Sarjana Muda Pendidikan Islam yang terdiri daripada semua batch tahun 1 hingga tahun 4. program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan akademik bagi SMPI yang turut serta turun padang bagi memeriahkan program ini. Hakikatnya penuntut SMPI merupakan penuntut teramai dalam fakulti Akademi Pengajian Islam Uiversiti Malaya. Oleh sebab itulah apabila program sebegini berjaya dijalankan, ianya merupakan kejayaan yang bermakna bagi mahasiswa/mahasiswi di bawah program SMPI.

Program yang berlangsung lebih kurang setengah hari ini bermula kira-kira jam 8.30 p agi dan berakhir pa da jam 2.00 petang. pelbagai aktiviti telah berjaya dila ksanakan dan kesemua peserta mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang mencuit hati adalah acara regu, acara mencari gula-gula dalam tepung, tarik tali, dan acara memecahkan belon . Apa yang lebih menarik adalah apabila kakitangan akademik yang terdiri daripada penyelaras dan pensyarah turut sama memeriahkan aktiviti yang telah dirancangkan pada Hari Keluarga ini. Walaupun dalam kepenatan menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan, tidak ketinggalan mahasiswa dan mahasiswi SMPI turut merakamkan kenangan dengan bergambar beramai-ramai di Taman yang cukup menarik itu.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara semua penuntut dibawah program SMPI dari tahun 1 hinggalah tahun 4. Oleh itu, dengan berlangsungnya Hari Keluarga SMPI ini, di harapkan akan dilangsungkan pula program rentetan pada masa akan datang agar ukhuwah serta semangat yang di ambil daripada program sebelum ini akan lebih utuh dan bercambah bagi menjadikan SMPI akan terus maju dan mampu melahirkan para pendidik yang lebih dedikasi untuk generasi yang akan datang.
- Jutaan Terima Kasih Kepada semua pihak yang menjayakan Hari Keluarga Sarjana Muda Pendidikan Islam 2009 - -photographer-

Wednesday, February 18, 2009

Monday, February 2, 2009

Journey To Mentakap Pahang

Percutian yang agak memenatkan bagi aku, kami mulakan dengan perjalanan ke Mentakap Pahang. "Journey to Pahang". Perjalanan yang bermula pada hari Jumaat 23/01/09 mengambil masa lebih kurang 4 jam ke Mentakap Pahang dari rumah kami di Taman JAya. Halangan dan cabaran yang kami lalui sememangnya akan di ingati sampai bila-bila. Di awal perjalanan kami, mungkin petanda yang agak baik apabila kami telah menolong seorang tua yang buta untuk menaiki teksi. Namun, aku agak kesal dan sedih bila melihat wanita berkenaan di biarkan sebegitu dan menimbulkan pertanyaan di benakku "kemana anak-anaknya? mungkinkah hilang dalam kesibukan Kota Metropolitan ini? inilah manusia zaman sekarang". kami teruskan perjalanan ke Mentakap yang mana di sana kami telah menyusun aktiviti untuk memakan dan menangkap ikan sepuas-puasnya kerana di sana terdapat 3 buah Kolam ikan yang sangat popular dikalangan kaki pancing di sana iaitu KOLAM TASEK SEMANTAN. Aku berasa amat puas apabila kami dapat menjala 2 ekor ikan seberat lebih kurang 3kg untuk jamuan makan malam kami. Bukan senang untuk mendapat seekor ikan. pancing-pancing tak dapat, apa lagi ambil sampan, tabur umpan...sraaap pakai jala. memang berbaloi. bukan setakat ikan, kelapa yang ada di tepi kolam tu pun kami tibai juga. Tapi memang jauh terasa ketenangan hidup di Kampung berbanding di Kota. Tiada deruan engin kereta, hanya kicauan unggas, siulan burung-burung yang sekali-sekala memecah kesunyian malam yang sungguh mengasyikkan. Kepenatan perjalanan hilang apabila semua perasaan berada jauh dari hiruk pikuk Kota Metropolis ini.
Sememangnya pada setiap malam Kolam Tasek Semantan ini pasti akan menjanjikan kemeriahan yang tersendiri apabila para pemancing berebut-rebut mencari pemancing yang paling berat ikan yang mereka perolehi. Paling berat setakat kami di sana lebih kurang 3.60 kg. kami pula tidak melepaskan peluang untuk barbeque. apa lagi, makan ikan la jawabnya. ikan kaloi 3kg kami salai. Perrrgh..memang menyelerakan apabila di cicah lagi sambal belacan memang mencairkan sesiapa yang memandang. Perjalanan balik kami pada ahad 25/01/09 memang lebih mencabar apabila kami terpaksa berhenti lebih kurang 10 kali sepanjang perjalanan di sebabkan hujan lebat. sekejap hujan, sekejap berhenti memang mencabar para penunggang motosikal. namun segalanya berakhir dengan selamat dan meninggalkan kenangan yang begitu indah. Mungkin pada masa akan datang kami akan pergi ketempat-tempat lain lagi sebab masa belajar jelah masa yang sesuai untuk jalan-jalan. "Long journey to.....??Long way down....??"nanti la rancang nak pergi mana lagi. AnywaY, aku puas dengan cuti yang singkat ini....Adios!!

tentang aku

aku adalah Rosmadi Bin Omar
aku ada 8 orang adik beradik dan aku anak ke enam
anak jati Limbang sarawak
(Kampung Sangkarai)
ps>nanti aku letak gambar kampung aku yang indah...:-)

pelajar yang mengambil sarjana muda pendidikan islam
ini amat meminati seni grafik dan penerokaan bidang CGI kalau ada peluang.
aku berharap akan dapat membantu sesiapa sahaja dalam bidang yang aku minat ni

sarjana muda pendidikan islam merupakan batu loncatan bagi aku
untuk masa depan masyarakat di Limbang sana.
aku harap akan dapat beri sedikit perubahan kepada mereka pada masa akan datang..
amiiiin..

"kalau kita bagi kesenangan kepada orang lain, Allah juga akan bagi kesenangan kepada kita"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Di sebalik Tirai metropolis