Wednesday, November 25, 2009

Aku ingin pulang...selepas "CURANG"

~Sekadar Lelaki Biasa~

tajuk Entry yang Agak pelik..hihi..sila baca untuk memahami...~

mungkin sekian lama aku tidak menjengah, menatap mahupun menjenguk blog kesayangan aku ni...agak besawang juga...sebelum ni pun banyak masalah teknikal di sini..lepas ni mungkin untuk sekian lama lagi aku menghilang...aku ingin terbang bersama awan2 ciptaannya..meredah lautan biru keagungan diri-Nya..aduh...kampung halaman sudah melambai2 menanti kepulangan ku..sayup jauh nun di sana..

sahabat2 yang melewati blog hamba ini...TrImAs banyak2..idea pun berkurang sejak dua menjak ni...smua da di curah di dewan exam..hihihi..tp harap ilmu yang dipelajari tu tetap kekal la dalam minda kita..hihi..

minggu yang sibuk akhirnya berakhir minggu lepas..sekarang cuma seperti "pungguk menanti malam" mo pulang...haha(peribahasa apa aku guna ni??). dalam menanti saat2 balik kampung ni macam2 aktiviti telah aku jalani..semalam saja aku baru pulang dari Neurotic Studio (Devotees) selesai menemankan FeelHoney merakamkan Demo untuk single kedua mereka..sentuhan mereka kali ni agak lain..tapi masih menyengat..hihi..

~nantikan single terbaru FeelHoney dengan tajuk "CURANG"..tajuk penuh persoalan..tapi dengar ja nanti k..hihi..untuk tahu lebih lanjut berkenaan "CURANG" dari laman FEELHONEY.

++segala aktiviti lepas ni aku stop dulu setakat ni kot...sebab aku mahu bercuti sekarang++

selamat tinggal Kuala Lumpur buat seketika...semoga berjumpa lagi..kepada kawan2 selamat bercuti...selamat hari raya AidilAdha..semoga pengorbanan yang kita lakukan selama ini tidak sia-sia dan mendapat keredhaan dari Nya..amin..

p/s buat Sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan semasa musim cuti ni "selamat pengantin baru" semoga berbahagia hingga ke Syurga...

+++Siti NoorAina bte Haji Ahmad & Mohammad Aslam Bin Suhaimi+++

tidak lupa kepada Dr. Tobroni Ahmad Sahni...Selamat pulang ke kampung halaman n semoga sukses ya!! kerana beliau telah tamat kontrak mengajar kami di sini..huhu

bersama Dr.Hamzah & Dr. Tobroni

kepada semua blogger selamat bercuti
SayOnara
Jumpa Lagi
CaucaucinCau

Friday, October 16, 2009

titipan dariku tuk semua..

titipan aku kali ini di mulakan dengan syukur kepada yang Esa atas segala nikmat yang diberikan, dalam kesibukan menjalani aktiviti2 yang sangat padat ku rasa dalam minggu ni, xterlepas beberapa kenangan2 yang akan terpahat dalam memori hidupku...entry yang agak sempoi n skema jua ni kali..

assigment pun dah hantar separuh, tinggal ada lagi beberapa kerat la lum settle..

minggu yang meninggalkan banyak kenangan buat aku ni di mulakan apabila:

~~aku tolong Matt FH dalam mendesign poster yang aku begitu puas hati dengan hasilnya:-)..harap Matt pun puas hati..huhu...pas ja siapkan design poster aritu, salam masa yang sama aku berkesempatan berjumpa dengan novelis terkenal "Ramli Awang Murshid".kat RTM..agak teruja n terkejut la jua..walaupun aku ni xla minat ngan novel..tapi dah dpt peluang jumpa Novelis negara tu, sapa mo lepaskan peluang kan??hihi...tapi gmbr2 aku ngan Matt masih.."p/s~cepat2 bagi gambar matt...leh upload..huhu...

~Ramli Awang Murshid~aku dan poster

~~kemudian di ikuti dengan TRIPLE show Feelhoney dalam satu hari..di Akademi pengajian islam (anjuran staff API), Kompleks perdana siswa UM(anjuran HEP), Malam Santai Raya(anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak)..apa yang boleh dikongsikan, ketiga2 show yang happening..tapi satu yang xdapat di lupa..bila tiba2 ja Feelhoney jemput aku duet secara mengejut:suara pun leh tahan..huhu...adoiii..dah lah tetiba black out time aku nyanyi tu...hahaha...memang hebat kali..thanks kepada semua yang datang memeriahkan majlis kami malam tu, aku merangkap ajk pelaksana mengucapkan bebanyak2 Trimas..semoga kita berjumpa lagi nanti~~.

Kat akademi pengajian islam

FH dekat auditorium KPS

~aku nyanyi~

~~jelajah raya Feelhoney berakhir di Kolej Kediaman ke 12, malam tadi...fuhh..suasana yang memang jauh sekali berbeza apabila orang yang datang program tu lebih kurang 500 lebih kot..aku pun xtau brapa..hahaha..tapi yang penting sambutan memang hangat..good luck to you all...all the best dan semoga akan lebih maju lagi...~~

FH kat kolej kediaman ke 12

~~program raya yang terkahir aku raya sebelum abis syawal ni ialah jemputan Majlis Raya PERMASA yang baru ja berakhir tadi..aku sempat jua menghiburkan durg2 ni tadi..hahaha...sapa2 yang terpikat ngan suara aku ni tadi..tolong jangan ketawa..hahaha..adoiii..pa pun smua spoting n gembira..~~

rumah terbuka PERMASA

++semoa memori yang tercipta semoga akan terus terpahat dalam ingatan kita++

Sunday, October 11, 2009

variable mode

rosmadi~photographer n designer..huhu

besalah..apabila dah menjelang senja masa2 yang masih berbaki buat student2 Uni perdana ni...mulalah aku mengeluarkan formula2 yang boleh digunakan untuk menyetelkan segala perkara yang masih belum settle ni..huhu~. minggu ni adalah minggu yang pastinya agak padat bagi aku..

formula:bentang+assigment+show fh+exam=menggerunkan.

~kepada en.hanz: mode aku tuk minggu ni kira campur2 lah..jangan eran..huhu.

dua hari yang berlalu ni pun agak padat juga aktiviti aku..tapi semuanya bermanfaat bagi perut lah.huhu..hari2 yang dipenuhi oleh sate+ayam+lemang+kelupis(eh xda ni)he2..Open house la..mula dari umah Kak Yana(great gurl) di gombak sampai lah tadi di jemput menjayakan rumah terbuka yayasan sarawak dekat2 KLCC..~kepenatan yang mengenyangkan~Alhamdulillah..kata org, rezeki jangan di tolak kan??

kat umah kak Yana

rumah terbuka Yayasan Sarawak

tapi jeles juga dengar ceta budak2 drama kolej 8..tak dapat ikut kemeriahan dkt Port Dikson..:-(

apapun dua hari ni amat2 menggembirakan bagi aku sebelum menghadapi hari2 yang betul-betul sibuk lepasni..hihi..apapun ceria2 selalu:-)

ceriakan hidupmu dengan senyuman

Saturday, October 10, 2009

Renungan buat tatapan

baru sebentar tadi....Majalah 3 memaparkan dokumentari yang bagi aku begitu menyayat hati..hati ku terpanggil untuk mencoretkan sedikit sebanyak tentang apa yang ku rasakan...dari Seberang kita dengar satu berita yang menggemparkan dunia...tanggal 30 september 2009, bumi jiran kita Kota Padang, Indonesia telah ditimpa bencana yang meragut beratus2 nyawa dalam sekelip mata.. gempa bumi dengan kekuatan 7.6 ritcher yang berlaku pada pukul 5.16 petang pada 30 september itu secara tidak langsung menggegarkan sedikit bumi Malaysia ini..hatta kami sendiri mengalami gegaran lebih kurang 10 minit pada petang tersebut..ada juga sahabat2 yang tinggal di rumah2 yang tinggi turut merasa gegaran pada hari tersebut...Maha suci Allah yang memerintah sekalian Alam..dengan sekelip mata beratus2 nyawa telah pergi..4 buah kampung telah lenyap di telan bumi..

apabila melihat paparan TV3 tadi..hati saya begitu tersentuh dan sedih mengenangkan nasib mereka..cuba anda bayangkan bila dalam sekejap sahaja jiran2 kita, tetangga kita, telah ditelan bumi..kampung yang dulunya damai tiba2 menjadi padang jarak padang terkukur...saya terfikir mungkin beginilah juga senangnya Allah memusnahkan Umat2 terdahulu yang kufur kepadanya...menghancurkan Qarun dengan harta2nya..menenggelamkan umat Nuh yang ingkar amaran tuhannya..entah apa lagi yang akan menimpa umat hari ini..terdapat banyak persoalan yang mungkin timbul dengan bencana yang telah menimpa ini..apapun kita sebagai hamba yang sentiasa yakin dengan qudrat dan iradat Allah haruslah sentiasa berdoa dan mengambil iktibar di sebalik bencana yang telah diturunkan ini..

hanya dia yang mengetahui sebab musababnya..mungkin kita hanya mampu menilai secara umum..tapi hakikat yang perlu di sedari ialah DIA maha mengetahui tentang apa yang berlaku...apapun, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..mari kita sama2 doakan moga2 mereka yang telah pergi itu mendapat payungan rahmatnya..mungkin lepas ni kita lagi siapa yang tahu kan...kepada yang masih hidup, mereka hanya mampu berdoa dan meneruskan kehidupan walaupun dalam kesedihan...kita disini gembira, mereka yang ada di sana berduka...sehingga hari ini, masih banyak mayat2 yang belum ditemui..mungkin juga akan terus berkubur dibawah runtuhan tanah bersama rumah2 mereka..sungguh tragis saya rasakan..Ya Allah, moga segala bencana yang engkau turunkan ini akan memberi kesedaran tentang amaran mu..kebenaran janji-janji mu..berilah keselamatan kepada kami Ya Allah..Kami hanya Mampu berdoa kepadamu..engkaulah sebaik2 tempat pergantungan..

Buat renungan pembaca:
baru sebentar tadi saya terbaca satu artikel...tapi terpulang kepada anda untuk menilainya..gunalah ilmu yang ada untuk mengambil iktibarnya.." gempa di Padang, di mana gempa terjadi pada pukul 17.16 WIB (waktu Indonesia Barat). Jika membuka Surah 17 (Al Israa’) ayat 16, disitu bertuliskan, “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”.

Selain itu, gempa susulan di Padang juga terjadi pada pukul 17.58 WIB. Jika dikaitkan dengan kitab suci Alquran, dalam surat 17 (Al Israa’) ayat 58 pun dituliskan, “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)”.

Maha Suci Allah yang memerintah sekalian Alam..yang menguasai hari pembalasan..memiliki segala apa yang dilangit dan di bumi...

Friday, October 2, 2009

aku di sini kembali

ramadhan yang berlalu..lebaran yang mendatang..pastinya macam2 yang ingin ku kongsikan..tapi...lama xupdate blog ni..line internet di rumah ni bru ja ok sjak sbelum raya lagi teruk..sbb tu lah bnyak yang tertangguh...hihianak buah yang mo braya

apapun aku kini di sini..kembali pas berhari raya di kampung...desa yang tercinta..aduiii sangat indah dan best...tapi agak kecewa la..asalnya mo ikut serta beraya ngan kawan2 skolah seramai lbih kurang 20 orang telah wat renion "beraya bersama" pada raya ke-3..tapi aku x dapat ikut sbb ada hal masa tu..huhu..xpa la..next year kita wat lagi aaa..buli??hihi

mm balik sini jdual beraya "open house" la kata org..baru bermula..pasti pas ni lebih bnyak ni jmputan2 open house menanti..jemput2 ja la k..hihi..

hari ni di mulakan dengan open house UM sendiri yang di adakan di DTC...ramai orang yang datang..smpai xda tempat mo dduk..tapi kami xkisah pun..apa yang penting kemeriahan dapat dirasa..tmbah lagi TNC smpat berbual bicara dengan kami ni..hihi..smpat bincang pasal FH lgi..hihi

ambil dr FH blogsite

malam ni pula aku n hanzsensei (farhan) dijemput untuk sama2 memeriahkan majlis open house drama kolej 8..majlis ni memang happening..sempoi..makanannya lagi sdap2..hahaha...ada bbrapa aktiviti dijalankan dalam mjlis ni..antaranya kotak beracun yang telah mencabar aku supaya melakonkan watak yang agak mencabar..hahaha..tapi semuanya ok la..harap semua gembira dan terhibur..hihi..thanks kepada semua kawan2 yang sporting..cik lino,LT,cik aina,wani,hanz,ikbal...dan semua yang datang malam ni..SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR dan BATIN...

"lakonkan 5 watak berbeza menyatakan jatuh cinta"

semoga perkenalan ini akan terus berkekalan wahai sahabat2 ku....AMINNNN...

Sunday, August 30, 2009

Merdeka atau hamba??

Kepada warga Malaysia, selamat menyambut Kemerdekaan Ke-52..semoga kemerdekaan ini akan berkekalan di bumi bertuah ini..amin..

Merdeka!!!!Merdeka!!!Merdeka!!!...laungan keramat yang akan bergema setiap kali 31 Ogos Menjengah tiba..aku kadang-kadang kaget, mungkin dalam bahasa yang lebih dalam "terkesima"@"terpinga2"...dimana kah erti kemerdekaan sebenarnya?cukup sayu bila aku dengar laungan kemerdekaan yang begitu bersemangat menggambarkan negara Malaysia yang dicintai ini berdaulat dan terbebas dari penjajah tanggal 31 Ogos 1957. hari ini Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain. Gagasan 1 malaysia yang menambah lagi ramuan kemerdekaan yang cukup bermakna sehingga Malaysia kini mencapai 52 tahun merdeka..

Namun....cukup kah dengan sekadar kita mengungkapkan kemerdekaan di mulut mencerminkan kemerdekaan yang sebenar-benarnya? jika kita lihat muda-mudi hari ini yang mungkin menjadikan 31 ogos bukan untuk meraikan kemerdekaan negara, malah menjadi hari ulang tahun kepada perkara2 yang jauh menyimpang dari ajaran yang telah digariskan oleh agama kita yang suci. Kemana jati diri bangsa kita yang semakin terkulai layu. cuma bermadah dimulut, namun kekusutan dan penjajahan yang begitu teruk dalam jiwa. Merdekakah bangsa yang ada hari ini? Kekuasaan dan penjajahan hari ini mungkin bukanlah seperti jepun menyerang malaya, bukan seperti portugis menyerang melaka, tapi lebih teruk dari itu penjajahan yang berlaku hari ini, penjajahan yang berbentuk pemikiran. Jika kita lihat kepada moral dan akhlak anak muda kita yang semakin dewasa. Saidina Umar R.A pernah berkata "jika kita ingin melihat generasi yang akan datang, maka lihatlah generasi yang ada hari ini".

Tapi...cukupkah kekuatan dan keilmuan yang kita tinggalkan untuk generasi yang ada pada hari ini untuk menjamin kesejahteraan kepada generasi yang akan datang?cukupkah dengan hanya laungan kemerdekaan yang bersilih ganti saban tahun untuk memerdekakan jiwa-jiwa yang semakin bergelumang dengan noda dunia hari ini. Mampukah kemerdekaan yang setengah abad ini kita kekalkan selamanya jika generasi yang ada ini terus begini. soal hati, tanya diri...tanya iman..

sempena kemerdekaan yang kita raikan dalam bulan Ramadhan yang penuh Mubarak dan barakah ini...mungkin dah tiba masanya untuk kita cuba memerdekakan diri kita. Merdeka bangsa..merdeka jiwa..insyaAllah..

Al-Quran mengingatkan kita "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka (Hati)" Surah ar-Raad ayat 11

....Ingatlah, sesungguhnya dalam jasad manusia
ada segumpal darah. Jika ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosakmaka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat, itulah hati.

[H.RBukhari&Muslim]

kata-kata yang agak mencuit hati bila terbaca blog http://mutiararemaja.blogspot.com, bila beliau mengungkapkan kata motivasi... "jika kita ingin bertanya tentang diri kita, jangan ditanya kepada Nabil..nanti dijawab "Lu Pikir lah sendiri..."juga jangan ditanya kepada Aiman...nanti di jawab "Aiman tak kisah..."tapi tanyalah dengan hati...hati sentiasa pada jalan keimanan..cuma kadang-kadang nafsu yang selalu menutupi hati..
"renung-renungkan dan selamat beramal"-Prof. Izi Hot FM..hihi

Friday, August 21, 2009

ahlan wahai Kekasihku

setelah setahun berlalu, bulan berganti bulan...silih berganti..engkau tiba lagi wahai ramadhan bulan yang mubarak.. ku mengharapkan kehadiranmu memberikan seribu satu makna dan kebaikan kepada diriku dan kepada seluruh umat manusia di dunia ini. sesungguhnya Allah akan menjanjikan ganjaran yang terbaik kepada hambanya yang bekerja keras dalam mengejar keredhaanya..

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelumkamu, agar kamu bertaqwa. (QS Al Baqarah: 183).“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu adalah yang paling bertaqwa.” (QS Al Hujurat: 13

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan sepenuh iman dan kesungguhan, maka akan diampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan.” (HR. Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud)

begitu banyak kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini.. cuma terpulang kepada individu untuk merebut segala peluang pahala yang berlipat kali ganda itu..Selama berpuasa, jangan lupa berdoa. Doa yang banyak. Sebab, doa orang yang berpuasa mustajab. Ini kata Rasulullah saw., “Ada tiga kelompok manusia yang doanya tidak ditolak oleh Allah. Yang pertama ialah doa orang-orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka.” (HR. Ahmad dan Turmudzi)

Puasa pada hakikatnya bukan setakat menahan diri dari lapar dahaga semata-mata malah lebih dari itu dengan menjauhi hal-hal yang dapat mengurangi dan menggugurkan nilai puasa Anda. Inti puasa adalah melatih kita menahan diri dari hal-hal yang tidak benar. Bila hal-hal itu tidak bisa ditinggalkan, maka nilai puasa kita akan berkurang kadarnya. Rasulullah saw. bersabda, “Bukankah (hakikat) puasa itu sekadar meninggalkan makan dan minum, melainkan meninggalkan perbuatan sia-sia dan kata-kata bohong.” (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah). Rasulullah saw. juga berkata, “Barangsiapa yang selama berpuasa tidak juga meninggalkan kata-kata bohong bahkan mempraktikkanya, maka tidak ada nilainya bagi Allah apa yang ia sangkakan sebagai puasa, yaitu sekadar meninggalkan makan dan minum.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Semoga bulan ramadhan kali ini membuka pelbagai pintu keberkatan dan petunjuk supaya dapat memperbaiki diri yang lemah ini menjadi yang lebih baik..Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mengejar keredhaan dan kecintaan MU..

^Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua blogger^

Sunday, August 16, 2009

Hari ini...??

bos gerai yang genius...hihi

Tajuk entry yang penuh persoalan...huhu..aku memang suka memberi persoalan..persoalan kan selalunya membuatkan kita berfikir..mmm..kekangan masa yang mengurangkan waktu aku untuk bersama dengan blog ni..tapi hari ini segalanya sudah selesai..beberapa program anak-anak sarawak yang telah selesai kami jalankan...kalau tak silap dah 5 program telah berlangsung dalam masa yang begitu singkat ni..TAHNIAH kepada PERMIS dan PMS!!..sememangnya tepatlah apabila ada ikatan ukhuwah itu, segalanya pasti akan dapat diselesaikan..walaupun pelbagai masalah berlaku yang menunjukkan kita ni sebagai manusia biasa yang sentiasa tidak punyai kesempurnaan...

hari interaksi dan hari keluarga anak2 sarawak

program terakhir yang baru saja selesai kami langsungkan ialah Gerai FESKUM 09' sempena meraikan graduasi Uni Malaya dan meraikan kejayaan anak-anak borneo yang telah menamatkan pengajian di Uni perdana ni dengan jayanya..SELAMAT MENEMPUH ALAM PEKERJAAN DARIPADA KAMI...

kerjasama yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit

Hari ini....Gerai yang amat kami rindui...pelbagai kisah suka duka telah berlaku di sepanjang perjalanan gerai ni..kepada sesiapa yang terlibat semestinya merindui semua tu..apa yang ajaibnya, pengarah gerai sendiri pada asalnya hampir2 berputus asa, dan seakan-akan gerai ni tidak akan berjaya..namun, kami bersyukur kejayaan gerai ini bukan seperti yang kami sangka..bukan sahaja anak-anak sarawak, malah aku rasakan boleh kita katakan "satu Malaysia" bekerjasama dalam menjayakan Gerai Bumi Kenyalang ni...sungguh terharu aku rasakan..huhu..

chef yang bertungkus lumus menghasilkan masakan istimewa

dalam kesibukan mengendalikan gerai feskum dan menjadi ajk feskum....aku sempat juga bersama-sama feelhoney dalam menjayakan malam "Teater Islam" yang berlangsung di gazebo UM..persembahan mereka telah menggamit puluhan warga UM pada malam tersebut..teater yang menceritakan perjalanan kehidupan itu serba sedikit menyentuh jiwa di samping alunan nasyid dari FH sendiri...FH yang bakal keluar dengan "Kisah cinta" dalam Nasyeed Underground ini telah mula dikenali di Uni Malaya dan lagu mereka telah mula di dengari di corong2 radio sehinggakan telah mula menjadi siulan peminat2 peminat nasyid tanahair...semoga feelhoney akan terus maju dan mengembangkan nayid tanahair dengan nafas yang baru..thanks juga kerana sempat singgah di gerai sarawak..hihi...

feelhoney di "Teater Islam" feskum09'

Bagi diriku.."Hari ini..."aku merasakan sesuatu yang sangat bertuah bagi orang2 yang memahami...hihi..walaupun dalam kepenatan yang begitu ku rasakan..namun wajah2 keriangan kawan2, dan mungkin juga keceriaan buat diriku membuatkan aku melupakan segala kepenatan buat seketika..segalanya yang berlaku mungkin akan menjadi nostalgia indah buat anak2 sarawak dan mungkin buat diriku...amin...

sabahan yang turut beri kemeriahan..thanks...

kepada geng2 kolej 13 yang sentiasa memberi sokongan thank all...atas nama satu bumbung, korang semua memang best..thanks juga sebab korang juga memeriahkan gerai sarawak terutamanya pada malam dinner...kepada cik lino, sandra..hanz, kimo.."special one", n semua2 yang terlibat..thanks all...

hari ini...aku rasakan sepanjang perjalanan hidupku di Universiti perdana ini..inilah program yang paling bermakna dan meninggalkan kesan yang tak mungkin aku lupakan....

majlis penutupan gerai "Kenyalang Kiosk"

bila segalanya telah berlalu...

aku merinduinya..
kepenatan yang hilang olehnya..
semoga segalanya takkan berhenti di sini....

Thursday, August 6, 2009

I am Sorry

I am Sorry..mungkin kata2 pembuka bicara..hihi..kepada cik aina yang bagi saya award ni..sori sangat2 lambat nak ambik...bnyak bnyk halangan yang mengurangkan masa cek bersama blog ni sblum ni..hihi..apapun thanks nnti cek bagi award kat hang k..yg "boom" pnya..hihi..
anyway,this is the award
from:http://eina-nana.blogspot.com

grand award ni..hihi

Here is some rules to join international blogger community:

1. Link the person who tagged you.
2. Copy the image above,the rules and questionnaire in this post.

3. Post this in one or all of your blogs.

4. Answer the four questions following these rules.
5. Recruit at least seven(7) friends on your Blog Roll by sharing this with them.

6. Come back to BloGGiST INFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave and the URL of your post in order for you/your Blog to be added to the Master List.

7. Have Fun!Questions & Your answers:

1. The person tagged you: cik Aina.

2, His/her site's tittle and url: http://eina-nana.blogspot.com

3. Date when you were tagged: July 29, 2009

4. Persons you tagged 5 person:

1. hanz
2. Umai
3. Lino

4. arfah

5. all of my followers

This is new award

especially for:
1.cik aina
2.cik lino

3.hanzsensei
4.ct-k
5. all of my followers

just a simple rule:

1. link your award from: my own award(http://madie0286.blogspot.com)..hihi

2. pilih seberapa orang kawan yang anda suka

3.kenapa anda pilih kawan anda untuk menerima award ni?

1. cik aina: sememangnya sorang yang kreatif lagi aktive dalam blogni..blog yang menarik dengan cite2 baru..teruskan k..

2: cik lino: blog yang sentiasa bersemangat dengan luahan hati..penyeri duka lara..hihi

3: ct-k: layout yang sentiasa up to date...menarik

4.hanzsensei: selalu mengahsilkan lagu2 yang menarik dalam blognya. blog yang kemas dan matang

5:all bloggers: korang memang hebat...hihi

p/s: jangan termakan hati kalau komen kurang menarik..korang semua hebat...hihi

Sunday, August 2, 2009

Sarawak Tanah Tumpah Darahku

YDP PERMIS

Minggu promo Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak (PERMIS) & Persatuan Mahasiswa Sarawak (PMS) yang telah berlalu meninggalkan banyak kesan kepada kesatuan Anak2 sarawak di Bumi penuh cabaran ini. sebelum ini mungkin kami hanya mengatahui lebih kurang 50 anak2 sarawak yang ada di Uni. Malaya ini... tanpa di sangka2 rupanya anak2 sarawak yang ada di sini lebih kurang 160 orang dan mungkin lebih lagi... sesuatu yang amat berharga bagi kami yang berada di dalam PERMIS bila mengetahui anak2 sarawak agak ramai di Uni. Terulung ni..

exco2 yang bertugkus-lumus..thanks All..

mungkin inilah petanda baik bagi masa depan di Borneo Sana. Borneo amat-amat memerlukan ahli akademik yang boleh membimbing anak2 sarawak yang ada di Sarawak supaya lebih maju lagi..amin...(ayat2 yang agak skema..hihi)..

kebusy-an yang melanda diriku

apapun, minggu Promo yang telah berlangsung pada 28-31 Julai yang lepas meninggalkan banyak kenangan dan pengalaman yang bermakna kepada diriku.. Aku bersama exco2 PERMIS telah cuba sedaya upaya dalam masa yang rasanya 4 hari atau tidak sampai seminggu untuk menyiapkan segala persiapan bagi minggu promo tersebut..walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang menyehatkan tubuh badan, dalam negara menangani H1N1, PERMIS dan PMS telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 160 ahli yang berdaftar di bawah PERMIS dan PMS. segalanya berjalan seperti yang dirancangkan walaupun terdapat beberapa masalah yang tidak dapat di elakkan..contohnya jadual kelas yang menyebabkan setiap exco bertukar2 supaya gerai PERMIS sentiasa terisi..

sesi pendaftaran

kepada PERMASA dan Persatuan Kadazan Dusun Sabah: tahniah di ucapkan sebab anda telah mendapat tempat ketiga kategori gerai terbaik..mesti cik-Lino yang kerja keras tu..hihi..harap2 xsmpai demam2 aa macam pengarah gerai PERMIS ni (c-Ros)..hihi...apapun semoga kesatuan anak2 Borneo samada Sabah @ Sarawak akan terus maju kehadapan di UM ni...amin..kepada cik Aina, nnti manatau kerja kat Sabah @ Sarawak..hihi....
bakal pemimpin Sarawak :-)

p/s: maklumat lanjut layari http://www.mypermis.org/

Wednesday, July 8, 2009

"aku ingin berbicara....."

aku sendiri tidak punya idea untuk post ni...namun aku ingin berbicara..

hidup sememangnya tidak dapat lari daripada sebarang masalah..tak kisahlah masalah tu datang dari kita atau orang lain....namun demikian, dalam Quran sendiri ada mengatakan bahawa setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaian...Allah akan mengeluarkan hambanya segala kesulitan selagi mana mereka sentiasa berpegang teguh dengan taliNYA..

setiap apa yang berlaku kepada kita itu pasti ada hikmah yang tersirat disebalik semua itu...
mungkin entry ini sekadar luahan perasaan yang tidak dapat ku bendung lagi...tapi biarlah apa yang berlaku sebelum ini aku semadikan dalam sanubariku...

namun aku yakin semua ujian yang diberikan kepadaku ini, pasti DIA mengetahui segala2nya..ini mungkin hanya sekecil2 ujian yang diturunkan kepada aku dan orang yang dekat dihatiku...harap mereka juga akan bersabar sehingga segala masalah yang dihadapi selesai...aku hanya mampu mendoakan..hanya kepadanya aku bermohon...

biarlah masa yang menentukan segalanya..lagipun hala tuju hidup ini pastinya sudah tertulis sejak azali lagi..cuma kita sahaja yang perlu berusaha untuk mendapat segala apa yang telah tertulis kepada kita itu...hihi...

kini...apa yang penting?kerjasama..eh apa yang penting kita happy pada landasanNya...
tidak mengapa...biar aku kongsikan berita2 gembira selepas ini...agar semua pun turut gembira...hihi...

1. jadual aku agak padat untuk beberapa minggu yang awal ni...macam2 aktiviti kami terlibat....baru2 ni, artis2 nasyid yang baru meningkat naik bawah jagaan ku telah membuat persembahan sempena "International conference on research in Islamic Law"..walaupun pada peringkat awal ada masalah teknikal, namun sepanjang persembahan berjalan lancar dan amat memuaskan hati..InsyaAllah Album pertama akan menemui anda pada penghujung Bulan Julai ini atau pertengahan Bulan Ogos nanti...sebarang info bolehlah rujuk di blog rasmi "FeelHoney"

2. kami juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan FESKUM yang akan berlangsung tidak lama lagi...terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan dan akan berjalan nanti...so, sila2 lah lawati laman rasmi FESKUM 09 untuk sebarang info terkini untuk pengetahuan anda..

3. sesuatu yang tidak akan aku dapat tinggalkan...Main Bola...esok 19 Julai 2009 akan berlangsung freindly antara Sunday Cowboys (kelab aku la)..so tak sabar nak beraksi..hihi..harap2 ada sesuatu yang menarik esok tuk meningkatkan moral dalam league nanti..so kawan2 sokonglah Sunday Cowboys F.C..hihi..

mmm mungkin entry kali ni sesuatu yang tidak formal dan sedikit bercampur aduk..apapun thanks kalau ada yang sudi baca..hihi....

Friday, July 3, 2009

"perlukah aku jelaskan????"

selama dua bulan aku bercuti...aku memang lama xjumpa blog ni.. macam2 hal aku lalui...perlu kah aku teruskan langkah yang semakin longlai ini?? yaaaa....aku la orang yang sungguh bertuah menerima segala ujian ini...aku akan kuatkan segala2nya untuk mengharungi segala2 dugaan ini..."Dia akan mengeluarkan kita dari segala kesulitan"

Cik lino...baru ada masa kan mmbuat..hihi.. memang bengong n paning tag kali ni.. apapun..kepada kawan2 yang aku tag.. bagi ja jawapan segala persoalan di bawah ni dalam bentuk soalan jua...hihi

1. D manakah kamu berada sekarang?
Mengapakah aku perlu balik Kuala Lumpur?..perlu aku jawab ke nape aku blajar kat UM?hii..

2. Apakah warna baju anda pakai sekarang?
kalau warna Putih, macamana kita nak jadikan warna biru??haa..jawab..laaa kita celup ja dalam cat biru..hahaha..

3. Bilakah kali terakhir ada menonton wayang?
Mengapakah aku perlu tengok wayang Bulan Jun yang lalu?perlu aku ingat ka tarikhnya?

4. Kamu belajar/bekerja dalam bidang apa?
Bahasa arab tu asal dari mana? dalam islam kita perlukah kita ada ilmu PI?
5. Lagu yg kamu sedang dengar?
Perlu kah aku kenangkan segala kenangan lalu yang MASIH JELAS?

6. Kemana kali terakhir kamu ke luar negeri?
Kamu tau ka H1N1 tu serang sapa2 yang suka p tmpat2 luar negeri ni..perlu aku yang pergi ke?
7. Benda yang kali terakhir anda beli ngan duit sendiri?
kenapa aku makan nasi setiap hari?makan siang dan malam?

8. Tempat yang anda teringin sangat nak pergi?
Syurga tu jauh tak?

9. Selebriti/artis yang menyanyi yang teringin sangat anda nak jumpa?
Kalau la aku jadi farid kamil, lisa surihani tu nak tak kawin ngan aku?

10. Apakah berita terbaru yg baru anda dengar?
EH, Real Madrid tu beli semua bintang2 tu tuk apa? takkan dapat VS barca.

11.. Kalau di beri 1,000 sekarang, nyatakan apakah barang yang anda ingin beli(sekali beli je,bukan banyak2)?
Kalau aku beli cincin kawin, agak2 mak aku bagi aku kawin tak?

12. Rakan blogger yang terakhir anda jumpa?
perlu aku bagitau ke Farhan tu baik sangat aa?

13. Pukul berapa sekarang ni?
eh akhir jua tidur..sampai jam 12.46 P.M pun ko tanya aku lagi..
14. Tadi anda makan apa?
Kalau pergi pasar malam, kenapa aku perlu kuarkan duit?ayam panggang tu sedap ke?ke nasi goreng yang sedap?

15. Siapakah yg anda ingin ‘bengongkan’ dengan soalan2 merapu anda?

Aina: adoiii selamat kembali ketanah air ye...boleh la jadi guru cek nnti ni..hihi..
Hanz: ba buleh bha kalu ko
Dewi: wi...sori eh aku becuti aritu..
Arfah: Bisai jua nama mu tu...nnti ingatkan janji aku aa...

lama da x update ni...adoiiii sori semua...

Friday, May 22, 2009

Still on the TOP!!!!

lama da rasanya x update blog ni...dalam ksempatan cuti ni...bukan slalu ada tenet ni.. mgkin lum terlambat tuk raikan kali.. Manchester United still on The Top of Barclay Premier League season 08/09...gelaran Manchester United yang ke-18..kepada peminat lain, chelsea,liverpool or arsenal..just change your channel k..hihii.. kepada cik lino+all Man. U fan sila la saksikan detik2 kejayaan Man. U dalam tv yang sy sdiakan kat atas tu ya..hihi.."santai denganku".. kepada all blogger..kawan2 yang masih bercuti..selamat bercuti... kepada kawan2 yang x blik cuti..selamat berjuang di sana..kita jumpa sem akan datang.. huh..

tak sabar nak saksikan
barcelona f.c vs manchester united
date: 28 mei 2009

location: Stadio Olimpico, Rome

final yang penuh sejarah..aku tak kisah mana2 pun menang..tapi aku lebih suka kalau barcelona yang menang..corak mainan dorang still da best..hihi..but...we wait n see....

Tuesday, May 5, 2009

aku ingin terbang!!!

catch him if you can

huh...lum dapat tido lagi...jap lagi bakal penentu kepada pasukan favourite aku Manchester Utd VS Arsenal, sekarang ni M.U ada kelebihan 1 gol...aku harap M.U menang..gogogo...

hari ni bersamaan 06 mei 2009, tepat jam 9.45 am aku akan berlepas pulang keseberang sana..BORNEO...liplap kejap ja da exam, kmdian da cuti sem...sedih,gmbira, xsbar mo blik..bercampur2 da dalam ati aku..memang xdpat tdo la ni..huhu..

kat umah nnti mmg susah la nak lawat blog ni...kepada kawan2 blogger mnta maaf kalau sunyi tuk bbrapa ketika...mgkin ni la dikatakan cuti..hihi..aku rindukan kalian...(dewi+aina+ct-k+lino+hanz+sapa2 ja yg pernah lalu blog aku ni...) semoga perjalanan blog ni masih pada landasan yang betul...hihi...

5 bulan aku di sini..sememangnya amat mencabar..mcm2 dugaan aku tmpuhi..tapi biarlah aku jak yang tau..mcm2 perkara masih berputar2 dalam fikiran aku ni..dari kepala, aku cuma mmpu meluah ke dalam hati..hihi..aku cuma berharap akan ada jawapan semua teka-teki dalam kotak fikiran aku ni..semoga DIA akan sentiasa melindungi dan melimpahkan perlindungannya kepada aku dan orang2 sekeliling aku, kalian sentiasa aku sayangi..

apapun, aku ingin terbang.."penumpang2 pesawat AK640 ke Kuching akan berlepas sebentar lagi, sila pasangkan tali keledar anda" akan ku tembusi awan2 ciptaannya yang biru..aduhh..indah..hihi...kepada semua, semoga kita akan berjumpa lagi pada sem yang akan datang..sayonara dan selamat bercuti...

Sunday, May 3, 2009

Kita Gegar Petaling Jaya:.

macam aku punya keta...hihi..comel x??

"kita gegar petaling Jaya"
mungkin kata2 ni kot yang bermain didalam kepala peserta2 autoshow kat PJ ni...hari ni 3 mei, satu pameran keta n motosikal telah berlangsung kat depan AmcorpMall sebelah Taman Jaya...so tanpa melengah masa, kitorang sekuarga (penduduk kolej13) pun ambik kesempatan la tgk...leh gak hilang boring pas exam kan..hihi..tapi yang lum abis exam tu (bie,fika,man) mgkin leh release tnsion kot.gud luck..hihi...
lensa kamera ku pun apa lagi..ligat merakam shot2 menarik di sana..

kalah speaker kat umah aku..huhu

tidak kurang hebatnya pameran motosikal..

macam nak terbang ja ego ni

1,2,3....vrooommmm..mcm tu la kot bnyinya..hihi

ni???motosikal ka keta??confius..huhu

lebih kurang satu jam ja kitorang pusing2 kmdian blik...panas...

dalam pjalanan pulang sempat lg gmbar2 di taman jaya sambil menyaksikan gelagat pemancing di sana...macam2 kesimpulan kitorang wat dengan gelagat mereka..
antaranya kisah sorang budak yang agak kesian la jg..
smpai selipar dia pun da tak pakai lagi..msti sebab tak dapat ikan..tu la dia geram tu..
ciannn..sabo ye dik..hihi..

ni la budak tu..hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails