Monday, February 2, 2009

Journey To Mentakap Pahang

Percutian yang agak memenatkan bagi aku, kami mulakan dengan perjalanan ke Mentakap Pahang. "Journey to Pahang". Perjalanan yang bermula pada hari Jumaat 23/01/09 mengambil masa lebih kurang 4 jam ke Mentakap Pahang dari rumah kami di Taman JAya. Halangan dan cabaran yang kami lalui sememangnya akan di ingati sampai bila-bila. Di awal perjalanan kami, mungkin petanda yang agak baik apabila kami telah menolong seorang tua yang buta untuk menaiki teksi. Namun, aku agak kesal dan sedih bila melihat wanita berkenaan di biarkan sebegitu dan menimbulkan pertanyaan di benakku "kemana anak-anaknya? mungkinkah hilang dalam kesibukan Kota Metropolitan ini? inilah manusia zaman sekarang". kami teruskan perjalanan ke Mentakap yang mana di sana kami telah menyusun aktiviti untuk memakan dan menangkap ikan sepuas-puasnya kerana di sana terdapat 3 buah Kolam ikan yang sangat popular dikalangan kaki pancing di sana iaitu KOLAM TASEK SEMANTAN. Aku berasa amat puas apabila kami dapat menjala 2 ekor ikan seberat lebih kurang 3kg untuk jamuan makan malam kami. Bukan senang untuk mendapat seekor ikan. pancing-pancing tak dapat, apa lagi ambil sampan, tabur umpan...sraaap pakai jala. memang berbaloi. bukan setakat ikan, kelapa yang ada di tepi kolam tu pun kami tibai juga. Tapi memang jauh terasa ketenangan hidup di Kampung berbanding di Kota. Tiada deruan engin kereta, hanya kicauan unggas, siulan burung-burung yang sekali-sekala memecah kesunyian malam yang sungguh mengasyikkan. Kepenatan perjalanan hilang apabila semua perasaan berada jauh dari hiruk pikuk Kota Metropolis ini.
Sememangnya pada setiap malam Kolam Tasek Semantan ini pasti akan menjanjikan kemeriahan yang tersendiri apabila para pemancing berebut-rebut mencari pemancing yang paling berat ikan yang mereka perolehi. Paling berat setakat kami di sana lebih kurang 3.60 kg. kami pula tidak melepaskan peluang untuk barbeque. apa lagi, makan ikan la jawabnya. ikan kaloi 3kg kami salai. Perrrgh..memang menyelerakan apabila di cicah lagi sambal belacan memang mencairkan sesiapa yang memandang. Perjalanan balik kami pada ahad 25/01/09 memang lebih mencabar apabila kami terpaksa berhenti lebih kurang 10 kali sepanjang perjalanan di sebabkan hujan lebat. sekejap hujan, sekejap berhenti memang mencabar para penunggang motosikal. namun segalanya berakhir dengan selamat dan meninggalkan kenangan yang begitu indah. Mungkin pada masa akan datang kami akan pergi ketempat-tempat lain lagi sebab masa belajar jelah masa yang sesuai untuk jalan-jalan. "Long journey to.....??Long way down....??"nanti la rancang nak pergi mana lagi. AnywaY, aku puas dengan cuti yang singkat ini....Adios!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails