Tuesday, May 17, 2011

interlok::selamat hari GURU::

alhamdulillah...tepat jam 7 pagi 16 mei 2011, kaki ini melangkah jauh terpacak di SMK Segambut jaya yang bakal mengundang beribu kenangan sebagai bermulanya kerjaya aku sebagai guru..

meredah kepekatan pagi jam 6.30 dari rumah...kabus lembut menyapa perjalanan kami ke SMK Segambut Jaya. Modenas WJD**** bekerja keras dalam membawa perjalanan kami sehingga tiba di Medan sekolah ini..

langkah agak perlahan dari kawasan parkir kerana tidak tahu kemana hala tuju kami..bilik guru??tapak perhimpunan??atau pejabat am??akhirnya duduk di kaki lima sekolah sambil memerhati gelagat guru-guru dan pelajar yang datang pagi itu..bermacam-macam perasaan yang menerpa bila melihat persekitaran sekolah yang dulunya aku berada dikalangan pelajar itu..hari ini aku berada dikalangan pendidik-pendidik mereka pula..

"cikgu...hari ni ada perhimpunan ke??tanyaku kepada salah sorang guru yang belum ku kenali.."ye, tapi hari ni cuma ada perutusan hari guru kot, sebab budak-budak ni ada exam"...dari jauh kami ternampak ustazah Normah yang berurusan dengan kami sebelum ni..alhamdulillah, dah kurang dah perasaan "nervous" sebelum ni..ustazah menyapa dan membawa ke pejabat am untuk menyelesaikan butiran kehadiran kami...

~~perhimpunan pagi pertama sebagai guru..sempena hari guru, perutusan dibacakan bagi membangkitkan semangat para guru dalam mendidik anak bangsa...

tepat jam 8.30,kami buat pertama kalinya duduk didalam bilik guru bersama guru-guru lain..alhamdulillah sambutan yang baik dari guru-guru...opps pasni nak ganti cikgu lain pula nak jaga budak-budak exam..dup dap dup dap...huh akhirnya aku duduk di bawah angin kipas kelas 4A2..alhamdulillah segalanya berjalan lancar...aku mengantikan dua kelas saja pada hari ini..tiada komunikasi lisan, cuma senyuman sebagai perbualan di dewan exam...

"assalamualaikum cikgu, cantik rambut"....sapa salah seorang pelajar.."aku terfikir samada sindiran atau pujian??"aah, mesti mereka cuba menilai aku...detikku dalam hati..berbekalkan metodologi yang kupelajari sebelum ini, cuma satu senyuman tawar ku lemparkan kepada mereka sambil menjawab salam...biar mereka berteka teki dengan personaliti aku sehingga aku berada dalam kelas mereka nanti...

tepat jam 1.10, kertas jawapan aku kutip bagi subjek terakhir tengah hari ini...lepasni kami akan diberi taklimat oleh ketua panitia bahasa arab..~~~~~~~

.........."akak mengalu-alukan kedatangan adik-adik guru-guru baru disekolah ni......kami akan cuba membimbing anda semua dengan pengalaman-pengalaman yang ada"......beberapa tugasan telah diberikan untuk kami laksanakan di sekolah ini...stop~~~masa tamat..

~~jom pulang...wahhhh..masa yang panjang ku rasakan hari ini..semoga banyak lagi pengalaman yang pahit manis selepas ini untuk mewarnai kehidupan aku sebagai pendidik kelak...TERIMA KASIH CIKGU..........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails